Pages

Wednesday 4 September 2013

Ubat Batuk & Selsema Tak Sesuai untuk Budak

Harini nak share sket tentang ubat selsema batuk ni. Lama dah nak share benda ni, tapi tak bkesempatan. Saya sgt setuju ubat2 ni tak sesuai diberi sangat pada budak-budak kecil. Setelah mengalaminye sendiri pada anak no.2 saya, hasya, barula ku lebih mengerti. huhu.

Ubat-ubatan ni sebenarnya hanya merawat simptom sakit tetapi tidak merawat punca penyakit.Semenjak hasya penah diserang pneumonia mase umur die 1 tahun dan smenjak discharge dari hospital tu la berulang datang pakej demam, selsema, batuk, kahak & wheezing/bronkilitis die.Selsema mcm mmg xpnah stop. Die stop sekejap je.. tapi ada semula, kalau tak teruk hijau, kuning, putih jernih pon jadilah. Ubat selsema & batuk tu blh buat kahak budak lagi banyak, pekat dan likat kat dlam tu. That whyla batuk selsema kahak dmm tu berulang lg coz ubat tu hanya untuk stopkan skejap aje.

Memang kami setiap 2 minggu muka jumpa paed je la. Dah try macam2 tempat jugakla. Ubat habis makn tapi benda tak settle2. Kalau baik pon selsema batuk sekejap je. Lepas tu memang akan berulang semula. Yang paling buat saya risau bila ada bunyi wheezing. Nak kena pantau takut2 dah infection kuman atau merebak ke paru2, nanti haru klu da infection sampai kurang oksigen & nak kena masuk spital lagi. (INSYAALLAH, NEXT or NEXT2 ENTRY, WILL CITE LANJUT PASAL HASYA & TIPS)

JOM TENGOK BERITA DI BAWAH>>>>>



Ubat Batuk, Selesema Tak Sesuai Untuk Kanak-kanak Bawah Dua Tahun


KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kebanyakan ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan bagi kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun, demikian penemuan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Berikutan penemuan kajian semula penggunaan produk ubat batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak itu, PBKD membuat keputusan untuk mengambil tindakan kawal selia untuk mengehadkan penggunaan produk untuk batuk dan selesema bagi kanak-kanak, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Eisah A.Rahman dalam satu kenyataan Rabu.

Beliau berkata amaran keselamatan iaitu "Tidak sesuai digunakan di kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun" dan "Digunakan dengan berhati-hati dan mengikut nasihat doktor/ahli farmasi bagi kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun", wajib dinyatakan dengan jelas pada label dan sisipan bungkusan produk berkaitan.

Produk-produk yang terlibat adalah sediaan cecair oral yang mengandungi antihistamin (seperti Brompheniramine, Chlorpheniramine, Clemastine, Dexbropheniramine, Diphenhydramine, Pheniramine, Promethazine dan Triprolidine), antitusif (seperti Dextromethorphan dan Diphenhydramine) dan dekongestan (seperti Ephedrine, Phenylephrine dan Pseudoephedrine) yang digunakan untuk rawatan batuk dan selesema.

Eisah berkata produk sedia ada di pasaran berkemungkinan tidak mempunyai kenyataan amaran pada label produk mereka.

Eisah berkata apabila memberi ubat batuk dan selesema kepada kanak-kanak yang berumur lebih dari dua tahun, ibu bapa dan pengguna perlu mengikut aturan pemakanan yang dijelaskan.

Ini kerana pengambilan ubat batuk dan selesema boleh membahayakan sekiranya diberi melebihi dos yang dicadangkan, memberi terlalu kerap atau mengambil lebih daripada satu jenis ubat yang mengandungi bahan aktif yang sama.

"Kebanyakan kandungan dalam persediaan ubat batuk dan selesema mengandungi campuran beberapa bahan ubat dan pemberian lebih daripada satu jenis ubat boleh menyebabkan dos yang berlebihan sekiranya tidak berhati-bati," katanya.

Beliau juga berkata, demam biasa tidak memerlukan rawatan perubatan yang khusus, kerana kebiasaannya batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak boleh sembuh dengan sendirinya.

"Selesema dari jangkitan viral boleh ditangani dengan rehat, pengambilan air yang mencukupi dan mementingkan keselesaan pesakit," kata Eisah.

Bagaimanapun, katanya, jika simptom berlarutan dan semakin teruk atau tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih ataupun disertai dengan demam, mukus yang pekat dan kahak, penggunadah perlu mendapatkan nasihat doctor.


Tapi alhamdulillah rasenya dah 3bulan hasya tak kena lagi wheezing bronkitisnye tu selepas meninggalkan ubat selsema batuk, ada buat beberapa perkara spt pysioteraphy & steam sendiri d rmh dan yang paling nampak improvement bila try mkn supplement shaklee. Kalau tak mmg every 2weeks dan setiap kali demam pakej. NEXT ENTRY la saya cerita ye selanjutnya tentang hasya.


p/s : Ini set yang saya try untuk hasya 3bulan sebelum saya masuk ahli raya baru ni



----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Fatihah|Ali Rahimi - Shaklee Independent Distributor [ID No : 946892]
Tel/Whatsapps 012-2404096| 016-6264020|Facebook : https://www.facebook.com/fatihah.abdullah
|

https://www.facebook.com/ali.rahimi|tihah29@gmail.com

Fatihah - Sharing is caring


Tuesday 16 July 2013

Maju Junction Terapi Zon

Oooo, ai is sakit tulang2 & urat2. Dah mcm org tua plk saya. Huhu dr semalam lepas buka puasa, tetiba rasa mcm sakit betul dari pinggangku sampaila ke kaki. Nyot2 rasenye..
Actually, dari minggu lepas lagi ada demam & sakit2 urat menyucuk2 ke tulang. Mungkin demam urat. Mana taknye i'v no rest semenjak sebelum puasa.

Dari 24/6 tu outstation di kelantan seminggu, lepas tu kenduri kahwin adik di Kuantan 30/6. Sambung pulak the next week kenduri belah lakinya di Gombak dan ahadnye tu ramai2 ma, abah, adik2  & abg dr kuantan tido umah. Itula yang bawak ke demam & sakit urat lepas tu.

But berulang lagi this week mcm on off. Antibiotik dah habis kutelan. Mcm nak demam blk. Maybe sbb sakit pinggang, pinggul & urat ni tak betul lagi. Hari2 skrg blk naik tren sbb tak tahan dengan jem dari KL ke Puncak Jalil.. Suffer tu... 1st day puasa kul 7 baru sampai umah gara2 naik kereta. Padahal kuar kul 4.30 dari opis tu.

Now naik tren is better sket, cuma penat berjalan, naik turun tangga plak la. Xpela, bulan puasa kan bulan bersabar.. Hehe pujuk hati.

Berbalik pada cita sakit pinggang & pinggul bagai tadi, disebabkan semakin sakit rasanya, so pegila saya ke maju junction pusat terapi orang buta. Kat sini kita blh urut nak kaki je ke, separuh badan ke, satu badan ke. Ikut suka la.

This is 2nd time i pergi. Akak kat opis yang syorkan. Dia selalu pergi urut kaki kat situ. Org2 kat situ pun dah kenal pun die. So saya tadi amik utk urut satu jam dan bagitau la yang saya sakit pinggang, tulang punggung yg macm ade terasa bila pegang dan sakit kaki supaya die blh bagi tumpuan kat situ.

Okla, not bad. 1 jam = RM50. Tadi die macm tolak sket tulang kt ats punggung tu yg kata mcm terasa sedikit keluar tu. Tapi bila dah byk2 sakit ni, rase 1 jam mcm xpuas je. Next time blh pegi lagi. Dekat je dengan opis kita, belakang tu je.

Inilah kedainya........ Lega sket lepas ngurut...





Monday 15 July 2013

Bihun Singapore & Sambal udang

Salam (menu 4 ramadhan yg lepas)...

Jom layan menu simple berbuka kami pada 4 ramadhan yang lepas. Bihun singapore/putih & udang masak sambal.
 



Resepi 1 (Bihun Singapore/putih)
 

Bahan-bahan :
Dikisar
3-4 atau lebih ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Lada hitam (rendam dulu) - letak ikut suka byk mana nak

Lain2
Sedikit ayam/daging dipotong dadu
Fishball/fishcake dipotong (optional)
1 Kiub stok ayam/ikan bilis - saya guna kiub ayam
Bee hoon jgn lupa
Sayur sawi
Sedikit garam & gula
Air
Daun sup, bawang goring, lada potong sebagai hiasan

Caranya :

Memula panaskan minyak lam kuali. Lepas tu tumis bahan kisar sampai naik bau
Masukkan ayam/daging, kiub stok (hancurkan) dan fishball/fishcake
Tambahkan sedikit air, garam & gula sebagai perasa. Last sekali masuk sayur sawi
Bila ayam/daging dah Nampak masak & mendidik blhla masukkan bee hoon, kacau & gorengla
bee hoon tu sampai masak.
Dah siap blh angkat utk dihidang dan taburla bahan hiasan ikut suka


Resepi 2 (Sambal Udang)


Sebenarnya xde sambal udang pon, dah ok dah mkn bee hoon tu mcm tu. Tp lg best kan klu ade.. Heheh. Layaaann....

Bahan-bahan (ni ikut suka saya je ni) :
Dikisar
2ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit belacan

Lain2
Cili kering (yang telah dikisar - klu nk kisar sekali ngn bhn kat atas pon blh)
Udang segar
Garam
Gula Melaka/nisan org pantai timur panggil/gula kerek pon blhla

Caranya mudah je;

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sekali dengan cili kering yg dikisar.
Ikut suka nak pedas mana.
Kemudian masukkan sedikit gula melaka yang telah dikerat. Tak payah byk sangat nanti manis
Bila dah agak2 ok tu, masukkanla udang
Last sekali masukkan garam secukup rasa
Tunggula sehingga kuah dia kering sket dan akhirnya siap sudah sambal udang. yeayyy!!











Wednesday 10 July 2013

RAMADHAN AL-MUBARAK

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
 
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
 
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
 
 

Friday 21 June 2013

Haikal's Birthday Bash at Genius Aulad


Huhu, actually my son's birthday ni dah lama da berlalu pd 22 Mei 2013 yg lepas. And his Birthday Bash was celebrated at Genius Aulad on 23rd May 2013. Tp xdan nk update. Asyik buzy je memanjang... (tp ade hati gatai nk bt blog kan kan... k.ton btolla mak ko ni)

Kebetulan hari tu juga adalah hari sambutan Teachers Day di Genius Aulad BK. So mmg bdak2 xde blaja la on that day. Coz they have a performance to their teachers & teachers also. Katanye si haikal, ade teachers yg kena menyanyi juga... g2la

So, b4 that day, mama die ni adela call teacher Danial who is his class teacher utk tanya about smbutan birthday bash di GA bandr kinrara. Nak tau brapa byk party pack nak bt, pukul brapa blh dtg n arrangementnye mcmmana. TQ to teacher Danial krn byk mmbantu. klu xde support frm teachers pon, mgkin xdela nk tgk abg haikal potong kek ngn kekawan.

Tiap kali besday ank, maknye plak yg xcited n nervous.. itu lawak.. thn lpas bt birthday party kt rumah ngn tema chugginton.. Kali ni request Phineas & Ferb plak.. sesi mengorder kek pon beraksi ler sblm tu..cal sne cal sini.. nak cari yg blh suit ngn tarikh tu, kek cntik, sdap n blh deliver kt school sbb mls nk simpan lam freezr.. thn lepas saya order ngn kak ai-sha rainbow kek.

Kali ni saya order ngn kak elyza pulak chocolate kek kesukaan ramai budak. Blhla tgk kt link tu blog die... mcm2 ada! katanya cartoon pilihan hati abg haikal ni plik, jenuh nak bt figurine muka segitiga..

Disebabkan ade sambutan teachers day, so teacher Danial inform yg kami blh dtg around 3.30pm cmtu. klu ikutkan igt nak awal lg dlm kul 2 ke, 2.30 ke, sbb ayhnye kerja aritu.. Mama die mmg da plan cuti, xpe.. tp itu je the best time yg teacher die leh provide.. i'm follow!!

Kami (me & hasya) pegi awal sket sbb jnji ngn k.elyza nak ambil kek kt bwh genius aulad dlu... mse smpai tu da nmpak ayhnye juga da smpai n k.elyza pon tgh nak parking.. Okla, da cntik timingnye..
Sume da ready, suh ayh die pi intercom kt bwh tu nk tanya samada kami da blh naik ke blum. N teacher kata dah blh. Kebetulan time tu mmg dieorg sume dah abis aktiviti awal n tgh makan2...
Ok jom la layan gambar2 k.ton b'same ank2...hehe....


Time ni Abg Haikal trus meluru kearah kami ble
da sedar kehadiran kteorg
 
antara sebahagian situasi mase tu, bebudak tgh mkn in group ikut class.
arini dieorg buat kt floor ats skali sbb nak kumpul ramai2... klu x time break ln2
mkn ikut class kt pantry ats krusi meja... comei bebudak2 ni..
 
sume kekawan kelas abg dok kerumun kat kek tu xsabar
sbnrnye dieorg gram kat figurine Phineas & ferb tu..


 tgk besday boy yg ngengada n ank bujang yg manja ngn mama.
syg sgt la tu dok pluk2... kekawan dah xsabar, tpuk tgn beramai2
 

 Yeay... abg haikal da potong kek ngan teacher Danial
kesayangan die.. Happy Birthday abg!!
5 tahun da ank mama ni
 
tgk tu kekawan pon seronok.. masing2 dok tunjuk kat watak Phineas & ferb
dan cite suka watak yg mana & siap cite saya jd yg ni, awk yg ni n watak2
 ln yg xde kt stu. Budak2 mmg suka berimiginasi

Besday Boy!! Semoga abg mnjadi ank yg soleh,
abg yg baik, mukmin yg b'iman & sejati, cerdik pandai,
bermurah hati, hormat org dan semua yg baik2..
i'm so proud of u!!
 
oohhhh tidaak... Figurine Phineas & Ferb
telah digigit.. It's yummy!!
 
 Saye nak jugee satuuu...

 
Yeayyy dpt dah Agen P... Perry the platypus... yehooo...
 
Teacher Danial tlg potong kek utk diagih2kn kpd kwn2 abg
Tgk tu sape die yg menyibuk??
 
 sampai terlopong hasya tgk teacher potong kek

Hasya dimana2... Huhu.. Cantik gak kek abg ni!
Tq kak elyza sudi tlg buatkn kek figurine ni..

Kek dah kna potong.. tapi ape la yg budak2 ni xabis2 lg
bercerita... kna pulak dgn abg haikal yg jg byk ckp (mcm
mamanye la tu... haishhh)
 
bergambo dgn teacher class abg @ teacher danial
 
Ini pula gambo kami sekeluarga
 
Parties Pack utk kekawan abg
 
Thn ni simple je utk teachers abg (sempena hari guru; hand made bookmarks & kek)

Ini yg thn lepas, muffin. terlebih rajin plk k.ton time tu nak buat sume kejadah tu.
pelik jgk ni.. hehe... maklumla time tu haikal bru msuk skola..
 (saje suka appreciate teachers, mak sye dlu ajar g2)
 
fOR teacher danial only
 
 Ini pula sayalaa...accha daia @ hasya damia
(lpas blk skola abg, g giant plak yg dekat dgn genius aulad BK)










 

 







Tuesday 23 April 2013

Lady Gaga Malaysia VS Baby Gaga

Salam 11 jamadilakhir 1434H...

Ini entry ketigaku.. Buka blog pastu terkubu layu. Hehe, lately ni sgt busy di opis dan di rumah juga.
Kalau ikutkan mcm2 benda nak dishare, tp itula die, hanya taip dlm mimpi jela...

Cop, cop... Mesti ada diantara korang yang tertengok atau mmg tgk ABPBH 2012 pada 7 April 2013 aritukan? Ha, inilah yang nak diceritakan tapi versi vs baby gaga. Cuba korang igt balik, dalam banyak-banyak artis yang hadir pada malam tu, gaya fesyen sape yang paling peliks dan... ntah nk kata ape??

Yup, tepat sekali... "Didie Alias" lah orangnye. Peliks kan, dengan rambut palsu kotak besarnye.. Hihi.. Ce tengok, ce tengok ni>>
(Keputusan ABPBH 2012 penuh boleh ditengok disini)



Inilah rambut palsu kotak besar itu
TAPI...apa bendanya vs baby gaga?? xde rupa baby pon... Hihi, ini pula cerita si kecil me.. Ini lawak bagi mamanya yg tengok gelagat ini secara live. Memang xde kejala budak acha ni.. Malas nak ckp banyak meh kita tgk >>>

Inilah die baby gaga itu.. haha ade rupa x?

Punyala laju die lari..nak snap pon susah



Nama saya Hasya Damia la.. Cakkk!! Saya pon ade rambut kotak juga..

 
 
Itula ceritanya lady gaga Malaysia vs baby gaga ku... Boleh pula die ambik pelampung tu kat dalm bilik stor dan buat mainan die.. bila org gelak die letak ats kepala, lagila die buat... Hehehe.. Tu la yang membuatkan me teringat plak kat didie gaga tu.. Alahai anak...


Monday 15 April 2013

Setiap Yang Hidup Pasti Akan Mati

 

 

 

“Kullu nafsin dzaiqotul maut”

 
Setiap yang bernyawa pasti akan mati
(QS. al-Ankabut:57)
 
Seminggu dua ni, banyak pulak kes kematian yang berlaku di sekelilingku. Adakah ia sebagai suatu tanda peringatan kepada kita semua dimana yang hidup pasti akan merasakan kematian dan bila nyawa pinjaman ini akan terpisah daripada jasad yang disewakan oleh Tuannya tanpa mengharapkan sebarang bayaran melainkan iman dan taqwa seorang hamba kepada Pemilik jiwa-jiwa itu, ALLAH aza wajalla.
Semoga setiap kematian dan peristiwa yang berlaku di sekeliling kita ini mengukuhkan lagi iman dan taqwa kita kepada Nya sekaligus mempersiapkan jiwa-jiwa ini untuk kembali menemui Tuhannya.
Hari Sabtu baru ni (13/4/13), saye, hubby, kakak ipar, adik ipar dan anak2 pergi ziarah mak mertua adik ipar (adik hubby) yang khabarnya telah terbaring akibat sakit kanser otak. Semuanya berlaku dalam mase yang sekejap lebih kurang 6 bulan dan tiba-tiba. Adik ipar saye itu dan suaminya baru sahaja berpindah ke KL dari Bintulu. Beliaulah yang menjage ibu mereka sejak ibu mereka ditimpa sakit dan dibawa ke rumah mereka di Bintulu pada mse itu.

Terkejut saye, bila dengar hubby terima call malam tadi (ahad) dari mak mertua saye yang mak mertua adik ipar saye sudah kembali kerahmatullah pada jam 6.30 petangnye.. Sebab baru sahaja lawat semalam. Sempatla kami semua menziarah arwah juga.

Sudah ketentuan Allah S.W.T. Setiap yang hidup pasti menemui ajalnya. Sesungguhnya percaturan Allah itu sangat indah. Tak dapat saye bayangkan, sungguh baik dan besar pengorbanan adik ipar saye yang sanggup dan dapat menjaga ibu mertuanya bersama2 husbandnye. Bukan sesenang dan semudah yang kita tengok. Perlu kesabaran, ketabahan dan keikhlasan diri.


 
Hubby yang tangkap mase datang membantu menguruskan jenazah
 Allahyarhamah utk dibawa pulang ke Tanah perkuburan Perak
 
 
Semoga Allahyarhamah tenang di sane.. Dan kita yang masih hidup, dapat mengisafi diri dan memperbaiki amal, iman dan taqwa selagi masih diberi peluang utk dibawa bekalan ke sana kelak. InsyaAllah..........

 
 
 

 
 
 
 
 
 

Friday 12 April 2013

This is my 1st Blog

Assalamualaikum & Welcome to My Blog...

Ya, This is my 1st blog, my 1st webdiary and of course my 1st writing in this blog @ my 1st blog entry. (mcm la byk sgt blog yg ko nak bt)

Hahaha.. Akhirnye berblog juga saye ye. Nape ye saye buat blog stlh sekian lama?? Maybe ade several things to achieve by doing a blog like be a 'blogger tegar'. Ohhh, memang tidaklah. Nak menulis pon malas dan bercenta, apatah lagi begitu.

Actually, saja je saye suka2 disamping boleh sharing, tambah kwn dan bukukan our memories in life. Esok2 anak dah besar bolehla bace.

Whats?? Too late you'd say.. Hehe, What can I say? Better late than never..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...