Pages

Wednesday 4 September 2013

Ubat Batuk & Selsema Tak Sesuai untuk Budak

Harini nak share sket tentang ubat selsema batuk ni. Lama dah nak share benda ni, tapi tak bkesempatan. Saya sgt setuju ubat2 ni tak sesuai diberi sangat pada budak-budak kecil. Setelah mengalaminye sendiri pada anak no.2 saya, hasya, barula ku lebih mengerti. huhu.

Ubat-ubatan ni sebenarnya hanya merawat simptom sakit tetapi tidak merawat punca penyakit.Semenjak hasya penah diserang pneumonia mase umur die 1 tahun dan smenjak discharge dari hospital tu la berulang datang pakej demam, selsema, batuk, kahak & wheezing/bronkilitis die.Selsema mcm mmg xpnah stop. Die stop sekejap je.. tapi ada semula, kalau tak teruk hijau, kuning, putih jernih pon jadilah. Ubat selsema & batuk tu blh buat kahak budak lagi banyak, pekat dan likat kat dlam tu. That whyla batuk selsema kahak dmm tu berulang lg coz ubat tu hanya untuk stopkan skejap aje.

Memang kami setiap 2 minggu muka jumpa paed je la. Dah try macam2 tempat jugakla. Ubat habis makn tapi benda tak settle2. Kalau baik pon selsema batuk sekejap je. Lepas tu memang akan berulang semula. Yang paling buat saya risau bila ada bunyi wheezing. Nak kena pantau takut2 dah infection kuman atau merebak ke paru2, nanti haru klu da infection sampai kurang oksigen & nak kena masuk spital lagi. (INSYAALLAH, NEXT or NEXT2 ENTRY, WILL CITE LANJUT PASAL HASYA & TIPS)

JOM TENGOK BERITA DI BAWAH>>>>>



Ubat Batuk, Selesema Tak Sesuai Untuk Kanak-kanak Bawah Dua Tahun


KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kebanyakan ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan bagi kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun, demikian penemuan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Berikutan penemuan kajian semula penggunaan produk ubat batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak itu, PBKD membuat keputusan untuk mengambil tindakan kawal selia untuk mengehadkan penggunaan produk untuk batuk dan selesema bagi kanak-kanak, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Eisah A.Rahman dalam satu kenyataan Rabu.

Beliau berkata amaran keselamatan iaitu "Tidak sesuai digunakan di kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun" dan "Digunakan dengan berhati-hati dan mengikut nasihat doktor/ahli farmasi bagi kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun", wajib dinyatakan dengan jelas pada label dan sisipan bungkusan produk berkaitan.

Produk-produk yang terlibat adalah sediaan cecair oral yang mengandungi antihistamin (seperti Brompheniramine, Chlorpheniramine, Clemastine, Dexbropheniramine, Diphenhydramine, Pheniramine, Promethazine dan Triprolidine), antitusif (seperti Dextromethorphan dan Diphenhydramine) dan dekongestan (seperti Ephedrine, Phenylephrine dan Pseudoephedrine) yang digunakan untuk rawatan batuk dan selesema.

Eisah berkata produk sedia ada di pasaran berkemungkinan tidak mempunyai kenyataan amaran pada label produk mereka.

Eisah berkata apabila memberi ubat batuk dan selesema kepada kanak-kanak yang berumur lebih dari dua tahun, ibu bapa dan pengguna perlu mengikut aturan pemakanan yang dijelaskan.

Ini kerana pengambilan ubat batuk dan selesema boleh membahayakan sekiranya diberi melebihi dos yang dicadangkan, memberi terlalu kerap atau mengambil lebih daripada satu jenis ubat yang mengandungi bahan aktif yang sama.

"Kebanyakan kandungan dalam persediaan ubat batuk dan selesema mengandungi campuran beberapa bahan ubat dan pemberian lebih daripada satu jenis ubat boleh menyebabkan dos yang berlebihan sekiranya tidak berhati-bati," katanya.

Beliau juga berkata, demam biasa tidak memerlukan rawatan perubatan yang khusus, kerana kebiasaannya batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak boleh sembuh dengan sendirinya.

"Selesema dari jangkitan viral boleh ditangani dengan rehat, pengambilan air yang mencukupi dan mementingkan keselesaan pesakit," kata Eisah.

Bagaimanapun, katanya, jika simptom berlarutan dan semakin teruk atau tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih ataupun disertai dengan demam, mukus yang pekat dan kahak, penggunadah perlu mendapatkan nasihat doctor.


Tapi alhamdulillah rasenya dah 3bulan hasya tak kena lagi wheezing bronkitisnye tu selepas meninggalkan ubat selsema batuk, ada buat beberapa perkara spt pysioteraphy & steam sendiri d rmh dan yang paling nampak improvement bila try mkn supplement shaklee. Kalau tak mmg every 2weeks dan setiap kali demam pakej. NEXT ENTRY la saya cerita ye selanjutnya tentang hasya.


p/s : Ini set yang saya try untuk hasya 3bulan sebelum saya masuk ahli raya baru ni



----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Fatihah|Ali Rahimi - Shaklee Independent Distributor [ID No : 946892]
Tel/Whatsapps 012-2404096| 016-6264020|Facebook : https://www.facebook.com/fatihah.abdullah
|

https://www.facebook.com/ali.rahimi|tihah29@gmail.com

Fatihah - Sharing is caring


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...