Pages

Tuesday 16 July 2013

Maju Junction Terapi Zon

Oooo, ai is sakit tulang2 & urat2. Dah mcm org tua plk saya. Huhu dr semalam lepas buka puasa, tetiba rasa mcm sakit betul dari pinggangku sampaila ke kaki. Nyot2 rasenye..
Actually, dari minggu lepas lagi ada demam & sakit2 urat menyucuk2 ke tulang. Mungkin demam urat. Mana taknye i'v no rest semenjak sebelum puasa.

Dari 24/6 tu outstation di kelantan seminggu, lepas tu kenduri kahwin adik di Kuantan 30/6. Sambung pulak the next week kenduri belah lakinya di Gombak dan ahadnye tu ramai2 ma, abah, adik2  & abg dr kuantan tido umah. Itula yang bawak ke demam & sakit urat lepas tu.

But berulang lagi this week mcm on off. Antibiotik dah habis kutelan. Mcm nak demam blk. Maybe sbb sakit pinggang, pinggul & urat ni tak betul lagi. Hari2 skrg blk naik tren sbb tak tahan dengan jem dari KL ke Puncak Jalil.. Suffer tu... 1st day puasa kul 7 baru sampai umah gara2 naik kereta. Padahal kuar kul 4.30 dari opis tu.

Now naik tren is better sket, cuma penat berjalan, naik turun tangga plak la. Xpela, bulan puasa kan bulan bersabar.. Hehe pujuk hati.

Berbalik pada cita sakit pinggang & pinggul bagai tadi, disebabkan semakin sakit rasanya, so pegila saya ke maju junction pusat terapi orang buta. Kat sini kita blh urut nak kaki je ke, separuh badan ke, satu badan ke. Ikut suka la.

This is 2nd time i pergi. Akak kat opis yang syorkan. Dia selalu pergi urut kaki kat situ. Org2 kat situ pun dah kenal pun die. So saya tadi amik utk urut satu jam dan bagitau la yang saya sakit pinggang, tulang punggung yg macm ade terasa bila pegang dan sakit kaki supaya die blh bagi tumpuan kat situ.

Okla, not bad. 1 jam = RM50. Tadi die macm tolak sket tulang kt ats punggung tu yg kata mcm terasa sedikit keluar tu. Tapi bila dah byk2 sakit ni, rase 1 jam mcm xpuas je. Next time blh pegi lagi. Dekat je dengan opis kita, belakang tu je.

Inilah kedainya........ Lega sket lepas ngurut...





Monday 15 July 2013

Bihun Singapore & Sambal udang

Salam (menu 4 ramadhan yg lepas)...

Jom layan menu simple berbuka kami pada 4 ramadhan yang lepas. Bihun singapore/putih & udang masak sambal.
 



Resepi 1 (Bihun Singapore/putih)
 

Bahan-bahan :
Dikisar
3-4 atau lebih ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Lada hitam (rendam dulu) - letak ikut suka byk mana nak

Lain2
Sedikit ayam/daging dipotong dadu
Fishball/fishcake dipotong (optional)
1 Kiub stok ayam/ikan bilis - saya guna kiub ayam
Bee hoon jgn lupa
Sayur sawi
Sedikit garam & gula
Air
Daun sup, bawang goring, lada potong sebagai hiasan

Caranya :

Memula panaskan minyak lam kuali. Lepas tu tumis bahan kisar sampai naik bau
Masukkan ayam/daging, kiub stok (hancurkan) dan fishball/fishcake
Tambahkan sedikit air, garam & gula sebagai perasa. Last sekali masuk sayur sawi
Bila ayam/daging dah Nampak masak & mendidik blhla masukkan bee hoon, kacau & gorengla
bee hoon tu sampai masak.
Dah siap blh angkat utk dihidang dan taburla bahan hiasan ikut suka


Resepi 2 (Sambal Udang)


Sebenarnya xde sambal udang pon, dah ok dah mkn bee hoon tu mcm tu. Tp lg best kan klu ade.. Heheh. Layaaann....

Bahan-bahan (ni ikut suka saya je ni) :
Dikisar
2ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit belacan

Lain2
Cili kering (yang telah dikisar - klu nk kisar sekali ngn bhn kat atas pon blh)
Udang segar
Garam
Gula Melaka/nisan org pantai timur panggil/gula kerek pon blhla

Caranya mudah je;

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sekali dengan cili kering yg dikisar.
Ikut suka nak pedas mana.
Kemudian masukkan sedikit gula melaka yang telah dikerat. Tak payah byk sangat nanti manis
Bila dah agak2 ok tu, masukkanla udang
Last sekali masukkan garam secukup rasa
Tunggula sehingga kuah dia kering sket dan akhirnya siap sudah sambal udang. yeayyy!!











Wednesday 10 July 2013

RAMADHAN AL-MUBARAK

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
 
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
 
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...